Latar belakang

1 comment:

  1. Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, pada asalnya ialah sebuah sekolah yang dikhaskan untuk murid-murid Asli (Semai) yang terletak di kawasan pedalaman. Pekan kecil yang terdekat ialah pekan Tanjung Tualang yang jaraknya kira-kira 20km dari sekolah.

    Pada tahun 1985, SK. Chenderong Kelubi telah dipisahkan dengan SK. Sri Cangkat dan ditakbir secara berasingan oleh seorang Guru Besar, En. Amran B. Rais. Walau bagaimanapun, pada masa tersebut sekolah ini tidak mempunyai bilik khas untuk menempatkan Pusat Sumber Sekolah.

    Pada tahun 1995, Pusat Sumber telah ditempatkan dalam sebuah bilik yang diubahsuai kerana asal bilik tersebut adalah pejabat. Oleh kerana bangunan baru telah disiapkan pada tahun tersebut, maka pejabat telah dipindahkan ke bangunan baru dan bilik tersebut digunakan sebagai Pusat Sumber. Namun demikian, keluasan bilik tersebut dianggarkan meliputi 2 bay kerana sebahagian kecil bilik tersebut digunakan sebagai stor sukan. Kini, Pusat Sumber telah dipindahkan ke bangunan lain yang mana dahulunya bilik guru. Keluasan bilik tersebut dianggarkan meliputi 3 bay. Walaupun begitu, keluasan bilik tersebut masih tidak mencukupi untuk menampung jumlah murid yang ramai.

    Apabila memasuki kawasan SK. Chenderong Kelubi, kita akan dapat melihat anak panah sebagai penunjuk arah ke Pusat Sumber. Ini kerana, Pusat Sumber terletak di bangunan yang pertama dari pintu pagar utama sekolah. Di hadapan Pusat Sumber tersebut merupakan tempat murid sekolah berhimpun pada setiap hari.

    Kini Pusat Sumber sekolah telah mempunyai sebanyak 3654 buah buku yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu Fiksyen dan bukan Fiksyen yang boleh menampung bilangan murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Walau bagaimanapun, diharap pada masa akan datang pihak yang berkenaan dapat menyediakan bilik khas sebagai Pusat Sumber sekolah. Ini kerana, keadaan Pusat Sumber sekarang yang sempit dengan pelbagai kemudahan serta gabungan dengan peralatan elektronik seperti televisyen, radio dan beberapa buah komputer. Kemudahan tersebut adalah bertujuan untuk memartabatkan murid ke arah membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

    ReplyDelete